Sitemap | Home    
» Home » Activities » Majlis AGM 2016

  Majlis AGM 2016

KUBANG KERIAN, 29 Ogos 2016 – Persatuan Alumni Doktor USM (PADU) telah mengadakan satu mesyuarat agung tahunan (AGM) pada 28 Ogos 2016 dan bertempat di Dewan Kuliah 4, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, Kelantan.  Terdapat dua majlis diadakan, antaranya;

MAJLIS PENGHARGAAN PROJEK “HOLE IN THE HEART & HEALING LITTLE HEART”.
Majlis ini diadakan untuk menghargai sepasukan doktor pakar bedah jantung kanak-kanak dari United Kingdom (UK) yang telah melakukan pembedahan pesakit jantung tanpa perlu menunggu giliran dalam tempoh yang lama. Pasukan doktor ini diketuai oleh pakar bedah paediatric cardiothoracic, Dr. Antonio Corno yang merupakan bekas doktor USM.

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN MENTERI BESAR KELANTAN: VAN OKU PADUCARE.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YB. Dr. Ramli bin Mamat, EXCO Kesihatan yang telah mewakili Menteri Besar Kelantan. Sumbangan yang disampaikan dalam bentuk replika cek merupakan nilai sebuah van yang akan digunakan oleh pesakit-pesakit yang miskin dan tidak berkemampuan untuk datang ke hospital untuk menerima rawatan (fisio). Selain pesakit-pesakit miskin dan tidak berkemampuan, van juga disediakan kepada pesakit yang kurang upaya (OKU) kerana van tersebut mempunyai kemudahan yang lengkap.