Sitemap | Home    
» Home » Activities » DANA KILAT PEMBELIAN ALATAN PERUBATAN & BANTUAN PERNAFASAN COVID-19

  PENYAMPAIAN SUMBANGAN DANA KILAT PEMBELIAN ALATAN PERUBATAN & BANTUAN PERNAFASAN COVID-19
DANA KILAT PEMBELIAN ALATAN PERUBATAN & BANTUAN PERNAFASAN COVID-19

Hasil kutipan 1/5 daripada sasaran Dana Kilat pembelian Alatan Perubatan & Bantuan pernafasan..

Secara kilat juga PADU telah menyampaikan sumbangan berbentuk alatan tersebut ke 2 buah hospital yang memerlukan. Mudahan alatan ini bermanfaat kepada semua khususnya semasa pandemik ini mahu pun di luar pandemik nanti.

Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada para budiman yang telah memberi sumbangan. PADU akan terus mengumpul dana untuk merealisasikan hasrat perawat barisan hadapan yang masih lagi bertempur.

PADU juga berterima kasih kepada semua penyumbang dan mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk membantu pesakit COVId dan barisan hadapan. Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Bank Islam Malaysia Berhad Persatuan Alumni Doktor USM (PADU) bernombor 03018010143411 dengan rujukan KILAT COVID-19.

Para penyumbang juga boleh menghubungi urusetia PADU (Roslida: 013-9156345) untuk mendapatkan resit sumbangan bagi tujuan pengecualian cukai

Gambar: Penerimaan 2 set HEPA (high-efficiency particulate air) filter untuk Hospital Kuala Lumpur dan 3 set patient monitor untuk Hospital Sungai Buloh.